Pages

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa Perlu Guna Cloth Pad??

Sebelum itu.....

Kenali Disposable Pads (DP)

Tuala Wanita Pakai Buang diperbuat daripada kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal,kotak dan pulpa kayu. Ia diproses dengan cara melembutkan kertas atau pulpa kayu. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. DIOKSIN akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin. Maka, terhasillah produk pakai buang wanita seperti tuala wanita, pantyliner dan tampon.

Berapa kerap kita mendengar kawan-kawan mengadu mengidap gatal-gatal dan keputihan? Ada yang menahan kepedihan kerana melecet-lecet akibat digaru, ada yang sampai tak boleh tidur, duduk pun tidak selesa... tapi malu untuk mendapatkan rawatan. Jika telah dirawat pun perkara begini seringkali berulang semula. Alat sulit adalah bahagian yang paling disukai oleh bakteria dan kulat/fungus untuk bertapak dan membiak kerana bahagian ini sentiasa lembab dan terlindung. Cuba anda lihat betapa banyak produk cucian faraj dijual di pasaran secara terbuka.

Ramai wanita mengidapi pelbagai masalah ketika haid, bersalin, menopaus dan pada waktu-waktu lain juga tanpa mengira usia. Selain ketidakseimbangan hormon, faktor utama adalah jangkitan bakteria dan kulat/fungus. Jangkitan ini bukan setakat di luar tetapi menular hingga ke bahagian dalam sistem peranakan wanita. Salah satu punca kanser rahim dan ovari adalah kerana jangkitan bakteria. Bakteria boleh merosakkan sel-sel dan menimbulkan berbagai komplikasi.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching? Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.

Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan.

Kenali Cloth Pad (CP)


Cloth Pad adalah seperti tuala wanita biasa tetapi diperbuat daripada kain tanpa sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan wanita.

Kelebihan Modern Cloth Pad


1. CP dapat mengurangkan masalah kegatalan dan ruam. Darah kita adalah bersih. Bagaimanapun, DP meningkatkan suhu dengan memerangkap udara dan tidak membenarkan peredaran udara. Ini menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kegatalan dan ruam. Wanita yang mempunyai kulit sensitif dan alahan akan mendapati CP lebih selesa dengan kulit mereka.
2. CP mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. CP tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya dan gel.
3. CP dapat mengurangkan risiko ‘Toxic Shock Syndrome’.
4. CP dapat mengurangkan risiko Ketidaksuburan dan kanser dikalangan wanita.
5. CP menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana boleh dibasuh dan dipakai semula. CP boleh digunakan bertahun lamanya dengan penjagaan yang baik.
6. CP dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. DP mengambil masa 500 tahun untuk terurai.

Maklumat tentang modern cloth pad…

1. Bagaimana ingin membasuh CP?
- Membasuh CP semudah membasuh seluar dalam
Untuk pertama kali guna, prewash tanpa menggunakan sabun.
Bilas dengan air mengalir sehingga bersih
Rendamkan dalam air bersabun selama 2-3 jam dan basuh menggunakan tangan atau mesin basuh.
PERINGATAN! : Tolong jangan berus CP anda kerana boleh merosakkannya.
Sidai (seeloknya di bawah cahaya matahari)
(Di dalam Islam juga menyarankan supaya DP harus dibasuh sebelum dibuang bagi menghilangkan kekotoran /darah. Oleh itu, daripada anda membasuh DP, lebih baik anda membasuh CP kerana boleh dipakai
Semula. Lebih JIMAT!)

2. Bagaimana penggunaannya?

- CP ini boleh bertahan sehingga 4 jam bagi aliran biasa dan 3 jam bagi aliran tenat. (berbeza bagi setiap individu)

3. Adakah ia berbau?
- Tidak seperti DP yang mengandungi bahan kimia dan gel yang akan mengeluarkan wap busuk apabila basah. CP diperbuat daripada kain yang dapat ‘bernafas’. Anda akan terkejut bahawa sebenarnya darah anda tidak berbau.

4. Adakah CP bocor?
- CP ini mengandungi lapisan kalis air untuk mencegah kebocoran.
Namun, sekiranya anda tidak menukar CP anda dalam tempoh masa yang lama, CP ini akan tetap bocor. Dinasihatkan supaya anda menukar CP setiap 3 ~ 4 jam.

5.Adakah CP tebal?
- CP adalah nipis kerana hanya mengandungi kain. Berbeza dengan DP yang mengandungi bahan kimia dan gel. Oleh itu, anda pasti lebih selesa memakai CP yang lebih lembut.

No comments:

Post a Comment